X-CURSION PEMBINA OGOS 2008

ALHAMDULILLAH bercuti lagi ana sempene Sem Break Ogos ini.Setelah sekian lamanya ana tidak mencoret sedikit di blog ana ini,dapat lagi ana berikan sedikit tenaga dan masa untuk memerah otak ana untuk menghantar sedikit ‘post-post; yang bagi ana baik untuk kita kongsi bersama.Untuk kali ini,ana ingin berkongsi pengalaman ana ketika mana ana telah menyertai satu kem perkhemahan yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan NGO Islam Malaysia iaitu Persatuan Belia Islam Nasional atau lebih dikenali dengan PEMBINA.Setalah seminggu lebih ana bertarung nyawa di medan pertempuran ujian-ujian subjek yang ana ambil pada semester ini,pada Jumaat lepas telah ana diberikan kebebasan dan masa yang terluang yang diberikan olehNya untuk ana menyertai kem ini.Tidak dapat ana bayangkan dalam tempoh 7 hari iaitu 8/8/2008-14/8/2008 ana dan rakan-rakan menghadapi 5 Ujian(Test 1) dan 3 Kuiz.Tidak penah ana rasai tekanan menghadapi ujian seperti ini sejak ana menjejakkan kaki di Uniten.Tetapi dengan usaha yang ana curahkan dapat jua ana melepasi halangan ini.

Pada 15/8/2008 ana telah dijemput oleh sahabat-sahabat ana yang serumah dengan ana untuk menyertai kem X-Cursion Pembina ini yang dianjurkan di Kem Lembah Pangsun Hulu Langat.Pada mulanya agak keberatan untuk ana menyertai kem ini tetapi entah mengapa hati ini terdetik tetap mahu pergi.Ana tidaklah aktif dengan NGO Islam luar uniten seperti rakan-rakan ana yang aktif.Ana hanyalah ahli biasa dalam Persatuan Pengajian Islam Uniten.Diri ana pun belum dpata menguruskan tugasan yang diberikan dalam PPI itu sendiri apatah lagi mahu meng’involve’kan diri ini dengan NGO di luar sana.Kawan ana iaitu Syakur banyak memberikan semangat pada ana untuk menyertai kem ini.Dengan keizinan yang diberikan oleh keluarga ana, ana mengambil keputusan rela hati untuk menyertai kem ini.

Malam masa bertolak,kami singgah di pejabat Isma di Bangi yang berdekatan dengan rumah kami.Kami bertemu dan berkumpul disitu sebelum kami bertolak.Pada jam 10 mlm lebih kereta yang dipandu oleh ana tiba dengan selamatnya bersama-sama dengan Adli,Nazmie,Syakir dan Hakim.Ketibaan kami 30minit lebih awal dari peserta lain.Cepat agaknya ana pandu kereta tadi.hehehe..Kami bermalam di tapat berkhemahan D’Aparche dan disitu lengkap dengan khemah,bilik air dan dewan.Pada malam itu sesi ta’aruf(Perkenalan) telah diadakan sebagai pembuka kata kem ini.Setelah diamati memang ramai yang menyertai adalah siswa-siswa dari pelbagai IPTA dan IPTS seperti UKM.KMB,KUIZ,Uniten,MIAT,MFI,FMI dan lain-lain.Pada mulanya ana sangat kekok untuk berkenalan dengan lebih mesra dengan peserta lain tetapi aktiviti Ta’aruf yang dijalankan membuatkan ana lebih mudah mendekati rakan-rakan lain.Pada masa yang singkat dapat ana mencari ramai kenalan baru.Alhamdulillah. Malam itu kami tidur awal kerana keletihan ketika dalam perjalanan

Keesokan paginya sepatutnya pada jam 5 pagi kami ada Qiam tetapi dengan keletihan yang tersemat di dada membuatkan ana dan rakan-rakan lain tidak sedar akan masa untuk bangun Qiam.Jam 6 pagi baru kami bangkit dari tidur.Hehehehe. Selepas solat subuh dan ma’thurat,kami diberikan makan pagi dan senaman pagi yang ala-ala tentera yang membuatkan tulang-tulang kami macam mahu patah.Rupa-Rupanya ianya merupakan persediaan kami untuk mengahdapi cabar yang lebih mencabar iaitu Jungle Trakking di kawasan sekitar.Destinasi kami adalah menuju ke lokasi Air Terjuk yang berdekatan.Perjalanan 45 min dengan berjalan kaki amat jauh bagi ana.Tetapi mungkin lebih mudah dari perjalanan ana ketika berada di Taman Negara. Dlaam perjalanan kami berhenti untuk menjalankan aktiviti war game.Memang menyeronokkan walaupun memenatkan.Kekalahan kumpulan ana mungkin disebabkan strategi yang dibuat kurang berkesan.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke puncak Air terjuk yang mendongak langit.Kesejukkan membuatkan ana rasa agak kurang selesa almaklum ana ini ada alrgi pada perubahan cuaca.Pagi itu sudah ada tanda-tanda ana alergi.Bersin memanjang. dengan semangat yang tetap ada,ana dan rakan-rakan meneruskan pendakian dan akhirnya tiba jua di air terjun berkenaan.Airnya sejuk lagi menyegarkan.Pada petang itu pula,diadakan pula aktiviti air iaitu pertandingan lumba rakit.inilah pengalaman pertama ana pendayung rakit yang berat.huhuhu.Ana disengat dengan ikan keli yang berada di kolam pertandingan itu dan kesannya masih ada ketika penulisan artikel ini masih dilakukan.Habis sahaja pertandingan ini,hujan yang lembat menyimbah muka bumi.Mungkin pada ketika ini membuatkan alergi ana makin teruk.Untuk aktiviti seterusnya tidak dapat ana sertai kerana ana terpaksa menelam Panadol untuk meredakan kesakitan yang ana alami.Dari apa yang ana dengar dari rakan-rakan yang menyertai aktiviti lewat petang,mereka telah diberikan satu bentuk pertandingan yang menggunakan sepenuhnya kudrat tenaga seperti Lompat Bintang,Pumping,jalan itik,meniarap dan sebagainya.Mungkin ana tiada kesempatan menyertainya tetapi insyaAllah masa akan datang moga diberi peluang untuk merasainya.

Pada malam 16/8/2008,ana dan rakan ana iaitu hakim,nazmie dan adli terpaksa pulang awal ke rumah kami di bangi kerana keesokkan harinya kami menyertai Program Sukarelawan Zoo Negara anjuran Unicomserve Uniten.Maka terpaksa kami pendekkan penyertaan kami ini.Alhamdulillah sedkit sebanyak dapat ana melihat bagaimana NGO Islam diluar sana yang banyak membuat aktiviti yang berfaedah untuk para belia dan remaja seperti kita ini.Moga-moga dipertemukan kita lagi hendaknya pada masa hadapan.InsyaAllah…

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

Sumber daripada fauzynm.e-belia.net:

Pembaharuan melampau oleh ‘Hero Turki’ ini:


  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

    2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

    3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

    4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

    5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

    6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

    7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

    8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

    9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

    10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

    11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

    12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

    13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

    14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

    15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

    16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

    17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

    18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

     

Penyeksaan menghadap Tuhan Yang Maha Agung:

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Kerosakan Akhlak Muda Mudi

Sumber dari fauzynm.e-belia.net

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya.”

Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami
(mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran.”

Di dalam sejarah Islam, menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda-pemuda Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam perjuangan Islam, maka Rasulullah SAW begitu mengambil berat terhadap pendidikan golongan pemuda. Buktinya, mereka yang mula-mula memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah SAW adalah dari kalangan pemuda-pemuda yang umur mereka lebih muda daripada Rasulullah SAW sendiri seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan lain-lain lagi.

Sementara mereka yang menyertai golongan penentang dakwah Rasulullah SAW ialah daripada golongan tua yang menganggap diri mereka lebih banyak makan garam daripada orang lain seperti Abu Jahal, dan lain-lain lagi. Muslimin sidang jumaat sekalian! Golongan pemuda Islam pada hari ini pula seolah-olah telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. Mereka berpegang dengan slogan zaman muda hanya sekali. Oleh itu mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh syaitan dalam hati sanubari mereka.

Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam pada hari ini sudah tidak lagi mengingati Allah SWT seperti meninggalkan sembahyang. Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sangat membebankan mereka. Seolah-olah lebih payah daripada mendaki gunung yang tinggi atau berenang di dalam lautan api. Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan bermain dam di atas wakaf bermula dari fajar sehingga larut malam, bertemankan sebatang lilin atau cahaya rembulan. Tempat-tempat umum seperti perhentian bas dan pasar-pasar menjadi tempat longgokan pemuda-pemudi yang tidak ada arah tujuan hidup.

Di sinilah tempat mereka bersuka ria, bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, menghisap rokok dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia, tidak ada guna di dunia dan di akhirat. Di sana mereka mengayakan fesyen terbaru yang digayai oleh pemuda-pemudi daripada negara barat, yang ditaja oleh golongan Yahudi dan Nasrani bertujuan menyesatkan dan memesongkan mereka daripada Islam.

Pergaulan bebas yang berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah menyebabkan berlaku gejala sosial seperti berzina, rogol dan membuang anak-anak yang lahir daripada perbuatan zina. Jika kaum jahiliyyah sebelum datangnya Islam dihina kerana melakukan pembunuhan kanak-kanak perempuan yang baru lahir secara ditanam hidup-hidup, maka ada pemuda-pemudi Islam hari ini lebih hina kerana membunuh anak yang baru lahir hasil daripada perbuatan zina tidak lagi mengira lelaki atau perempuan, bukan lagi ditanam tetapi dibunuh begitu sahaja di dalam longkang, tong sampah dan di sungai yang kemudiannya menjadi santapan istimewa burung gagak, ular sawa, biawak, buaya dan anjing liar.

Pemuda-pemudi Islam juga menjadi penagih dadah, ganja, pil khayal, ubat batuk dan sebagainya. Mereka ini bukan sahaja menyusah diri sendiri tetapi juga menyusahkan orang lain. Kerana merekalah ibu-bapa menjadi malu, kerana merekalah masyarakat tidak tenteram kerana berlakunya kes-kes kecurian dan rompakan.

Kerana mereka kerajaan terpaksa berbelanja beratus-ratus juta setahun untuk menyara hidup mereka di dalam pusat pemulihan seperti kata pepatah melayu; seperti memikul biawak hidup’ atau ‘tiada beban batu digalas.

Muslimin sidang jumaat sekalian!

Begitulah sebahagian daripada contoh kerosakan perangai dan akhlak dikalangan muda-mudi hari ini. Siapakah yang bersalah di dalam soal ini? Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain melainkan mereka hendaklah bersama-sama membuat perhitungan sendiri. Kita tidak perlu bergaduh sesama sendiriuntuk menentukan siapakah yang bersalah sehingga kita membetulkan keadaan yang ada. Tidak ada seorangpun yang terkecuali daripada tanggungjawab yang besar ini bermula daripada seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara. Marilah sama-sama kita membentuk diri kita menjadi seorang yang patuh kepada Allah SWT.

Kemudia marilah kita sama-sama membentuk sebuah keluarg Islam yang terdiri daripada ibu-bapa dan anak-anak yang beramal dengan ajaran Islam sehingga sebuah rumah tangga itu boleh disifatkan dengan “baiti jannati” rumahku syurgaku.

Hasil daripada setiap keluarga Islam yang beramal dan patuh terhadap ajaran Islam, maka akan lahirlah pula masyarakat Islam dan negara Islam yang diberkati dan diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan bukakan kepada mereka pintu-pintu keberkatan daripada langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) lalu kami menghukum mereka kerana apa yang mereka lakukan.”

Pemergian dia yang awal..al-Fatihah…

Salam wbt..syukur ana sudah pun memulakan langkah ana untuk memasuki semester baru pengajian ana di Uniten.Tahun Kedua Sem Satu…

Pada petang 9/7/2008 ana telah ke pasar petang di sebelah Uniten untuk membeli sedikit makanan petang.Ana telah berjumpa dengan senior GMI ana yang juga kini sama-sama menuntut dengan ana di Uniten Cuma berlainan tahun sahaja.Ketika sedang berbual,senior ana itu mengkhabarkan tetang pemergian salah seorang senior ana ketika di GMI akibat kemalangan yang berlaku ketika dalam perjalanan ke P.Pinang.Ana amat terkejut mendengar berita itu sebab ana kenal Allahyarham.Dia merupakan senior ana di GMI dan juga di MRSM ana.Anatar senior yang ana rapat di GMI adalah Allahyarham.Allahyarham adalah seorang yang pendiam dan baik orangnya.Kemalangan yang berlaku memang telah ditentukan oleh Allah kerana dalam kemalangan tersebut,kawan-kawannya semuanya selamat tetapi Allah menjemput dia terlebih dahulu.Bukanlah Allahyarham yang memandu kereta tersebut.Berita ini amat mengejutkan ana.Umurnya baru 23 tahun.Awal benar dia meninggalkan kami.Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. Al-Fatihah.

Kemudian kami berbual pula mengenai sahabat sahabat kami yang kini menuntut di Jerman.Senior ana itu menceritakan bahawa ramai kawannya masih terumbang ambing disana walaupun sudah tahun ketiga. Sehingga saat ini sudah ada seorang sahabatnya menamatkan pengajian dari Jerman tanpa membawa segulung ijazah dari sana.Sahabatnya itu kini menuntut di Uniten juga dan menjadi ahli baru Uniten pada Intake Julai yang lalu.Ana bersyukur kerana umur ana bukanlah lewat untuk menuntut ilmu disini.Berumur 21 tahun untuk Tahun pertama berbanding umur 23 tahun Tahun pertama sahabat itu,membuatkan ana rasa amat bersyukur.Begitu banyak hikmah Allah tidak mengizinkan ana ke Jerman.Mungkin suasana belajar di sana yang terlalu mencabar yang tidak mampu ana tanggung.Allah pun menguji hambaNya dimana ujianNya itu sememangNya dia tahu hamba itu mampu menanggungnya…syukur…

Kini ana telah melangkah ke tahan Kedua pengajian.Begitu cepat masa berlalu.Kini ana telah menjadi senior kepada Tahun Pertama.hehehe..Bukanlah bangga tetapi seronok melihat junior yang baru melangkah ke alam Universiti.Moga kita semua berjaya mengharunginya…InsyaAllah…

1511H [KOMBAT]

Alhamdullilah syukur setelah sekian lama ana x menulis blog ana ni,akhirnya diberi keizinan dan kudrat olehNya untuk ana kembali menulis sedikit coretan dalam blog ana yang masih muda umurnya.Sahabat ana sekalian,ana baru sahaja selesai membaca sebuah buku novel nurkilan saudara Faisal Tehrani yang bertajuk 1511H [Kombat].Novel ini setebal 423 muka surat dapat jua habiskannya dalam tempoh kurang dari 24jam.Ana bukanlah kaki novel.Asalnya permulaan ana membaca novel ini adalah naluri ana yang mahu mengenali siapakah Faisal Tehrani.Hebat sangatkah dia sehinggakan dia menjadi novelis Islamis yang hebat.Ana memberanikan diri membuka lembaran novel ini pada halaman satu sudah tercatat kisah planet Zuhal dan Musytari yang menandakan kelahiran manusia paling hebat yang penah dijadikan Tuhan sekalian alam.Dua planet ini berkedudukan selari menandakan lahirnya seorang bayi yang bernama Muhammad,anak kesayangan Abdullah dan Aminah.

Sebenarnya kisah ini bukanlah menjerus kepada kisah nabi kita.Tetapi ia menceritakan pada zaman akan datang iaitu pada tahun 1511 Hijriah atau tahun 2087 iaitu 79 tahun dari penulisan blog ini dihasilkan.Ia menceritakan bagaimana umat Muhammad yang seperti buih di lautan yang ditekan oleh pihak kafir dari pelbagai pihak.Mujurlah janji Allah itu benar.Islam akan menang akhirnya dan penjaga bagi Rumah Allah di Makkah itu adalah Dia sendiri.Pada 79 tahun dari sekarang,masih terdapat segolongan umat Islam yang menjadikan diri mereka sebagai perisai untuk mempertahankan kesucian agama Allah ini.Dipendekkan cerita, pada masa depan,ada seorang wanita tua menjadi jeneral perang Islam yang mengetuai turus angkatan tentera Islam menentang kebiadapan Kafir Amerika dan sekutunya terutama Israel laknatullah yang mahu menawan Makkah dan Madinah.Wanita ini merupakan juga seorang wanita yang berpandangan jauh dan dia menjadi pencetus kepada pembangunan teknologi Islam yang canggih yang setanding dengan negara barat pada masa itu.Dia dibantu oleh dua orang cucunya yang merupakan komander kepada angkatan tentera Islam.Selain itu,wanita ini juga mempunyai unit-unit yang lain seperti perisikan,udara,laut,komputer,teknologi dan sebagainya.Setiap unit diketuai oleh seorang komander Islam yang hebat ilmu agamanya dan semangat mati syahid yang amat tinggi.


Novel ini lebih menceritakan seorang pemuda Islam yang berumur 19 tahun yang datang dari Nusantara atau yang lebih khususnya datang dari Malaysia.Dia merupakan pemuda Islam yang amat menjaga agamanya dan mempunyai cita-cita tinggi untuk kembalikan kesucian agamanya.Wanita yang menjadi Jeneral tadi sering bermimpi mengenai pemuda ini.Pemuda ini adalah komander yang akan dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Makkah dari serangan kafir Amerika laknatullah.Maka pertemuan antara wanita dan pemuda ini telah menjadi permulaan kisah perang masa depan diantara Islam vs Kafir.Menceritakan bagaimana tentera pemuda Islam mempertahankan Makkah dan Madinah kemudian bagaimana untuk mereka menawan Washington DC dan New York yang merupakan sesuatu yang hampir mustahil dilakukan oleh kita pada masa kini.Akhir cerita ini menceritakan perjalanan mereka ke BaitulMaqdis dan jadilah peperangan ‘Saladin vs Kristian ke-2’.Siapakah berjaya dalam perang di Makkah-Madinah?Washington DC-New York?dan juga BaitulMaqdis?Semuanya terjawab dalam novel ini.Ana memberikan 4.5 bintang dari 5.Tahniah Faisal Tehrani.Imiginasi saudara sangat hebat.Moga menjadi kenyataan kisah novel saudara pada masa depan kelak.Amin yang Allah….

Kabus dan kisah hari pertama

Kabus itu…

Bertolaknya kenderaan kami menyusuri highway Silk Kajang akan membawa kami ke suatu tempat yang bagi ku amat ku idam-idamkan sejak dari dahulu lagi.Ianya bukanlah tempat yang canggih ataupun tempat yang selesa bagi mereka yang sudah enak dilamun kemewahan di metropolitan.Ianya merupakan tempat ciptaan Illahi yang mengandungi pelbagai makhluk-makhluk ciptaanNya yang tidak dapat kita lihat di metropolitan Kuala Lumpur mahupun di bandar-bandar lain seluruh dunia.Perjalanan kami dimulakan dengan menyusuri highway Kajang Silk->Lebuhraya Sungai Besi->MRR2->Karak Expressway->Pantai Timur Expressway dan kemudiaannya kami keluar dari lebuhraya menuju ke Jerantut melalui tol Temerloh.Sepanjang perjalanan itu,tidak kami lelapkan mata kerana masing-masing mungkin sangat teruja dengan ekspedisi yang bakal kami lalui nanti.Sebelum itu,ku mahu perjelaskan bahawa saudara Muaz dan Hafiz ke Kuala Tahan dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi dan bas manakala bakinya termasuk aku menaiki kereta.Mungkin masalah kekurangan kereta membuatkan kami terpaksa pergi ke sana secara berasingan.Kembali pada perjalanan jam itu,semuanya nampak gembira dan bersemangat.Sehinggalah saat kami menukar pemandu dimana Saudara Syakur yang menjadi pemandu pertama tadi tertidur disebelah pemandu kedua iaitu Hakim.Mungkin auranya membuatkan ramai antara kami tertidur jua kecuali aku dan Hakim.Sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui 2 keselamatan polis yang membuat Roadblock.Alhamdulillah tiada masalah yang kami hadapi.Setelah kami memasuki selekoh ke jalan kampung iaitu bukan lagi jalan persekutuaan,keadaan jalan yang lurus bertukar menjadi bengkang-bengkok.Mahu muntah aku dibuatnya.Jam menunjukkan jam 3 pagi.Kabus mula menyerubungi kawasan ladang kelapa sawit yang kami lalui.Maklumlah mahu ke Kuala Tahan terpaksa melalui 5 hingga 7 kawasan Felda.Dengan pemandangan yang terhad aku menasihati Hakim agar memandu pada kelajuan 50km/j kerana kabus yang tebal.Ditambah pula dengan lembu-lembu yang banyak melepak di atas jalan banyak membuatkan kami terpaksa memperlahankan kenderaan.Hanya lagu Aeman menjadi hiburan kami pada pagi yang hening itu.Sungguh hening pagi itu.Sebagai Co-Pilot aku perlu menunjukkan jalan yang perlu dilalui ke destinasi.Walaupun aku tidak pernah menjejak kaki kesana syukur kerana aku dan sahabat-sahabatku telah membuat persediaan mengenai jalan yang perlu kami lalui…semuanya berjalan dengan lancar..syukur.Dengan syahidnya 3 lagi sahabatku yang berada di dalam kereta itu,aku dan Hakim terpaksa bersengkang mata untuk meneruskan perjalanan ini.Dengan kebosanan perjalanan di dalam ladang kelapa sawit,kami jumpai jua Hutan Tropika di suasana keheningan dan kegelapan malam.Aku pasti makin dekatlah sasaran destinasi kami itu.Dan sangkaan kami itu ternyata tidak meleset…Kami tiba di Kampung Kuala Tahan tepat jam 4 pagi.Alhamdulillah…

Bertukar pemandu…90km sebelum tiba di Kuala Tahan…

Entry Point Taman Negara Pahang(4 am):


Setelah hampir 4 jam perjalanan,rombongan kami tiba jua di tebing sungai Tembeling yang merupakan salah satu punca utama sungai Pahang,iaitu sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.Setiba nya kami disini,kami berehat dahulu kerana mahu menunggu sahabat kami yang menaiki keretapi tiba.Kesejukan di Kuala Tahan amat kami rasakan.Kedinginannya membuatkan kami sgt teruja akan aktiviti yang bakal kami lakukan pada siang hari.Untuk ke pintu masuk utama Taman Negara kami perlu menaiki bot yang tambangnya RM1.Nampak murah sebab nak seberang sungai hanya seketika sahaja.Lebar sungai tak smpai 50m pun.Sementara menunggu hari menjelang subuh,kami berehat sebentar dan akhirnya terlelap sebentar di dalam kereta.Nyamuk banyak menghirup darah kami.Maklumlah darah orang bandar katakan.hehehe.Tengah syok dilayan mimpi,terdengar alunan azan subuh berkumandang.Kami pun mencari punca suara azan itu.Naik pening gak mencari punca ia datang.Yelah kami orang baru di Kuala Tahan.Terpaksa tanya orang tempatan dan akhirnya jumpa jua kami masjid Kg Kuala Tahan.

Di dalam masjid selepas solat subuh…

Setelah selesai kami solat subuh,kami melelapkan mata untuk mengumpul kembali tenaga yang hilang sepanjang perjalanan kami itu.Dan jam 8 pagi sahabat kami yang menaiki keretapi dan bas ke Kuala Tahan telah tiba dengan selamat.Kami menjamah makan pagi di salah sebuah restoran terapung di atas sungai.Harganya standard tidak semahal di bandar.Orang disini peramah bagi kami.Rata-rata orang Kuala Tahan ni boleh tahan education mereka.Mana idaknya mereka pandai berbahasa Inggeris dan ini memudahkan lagi pelancong asing untuk berinteraksi dengan orang tempatan.Kami kemudiaannya menaiki bot untuk menyeberangi sungai Tembeling.Bayarannya RM1.sungguh sibuk keadaan di sungai itu dengan anak-anak sungai yang sibuk mencari rezeki masing-masing.

Anak-anak sungai….

Setelah tiba di pintu masuk Taman Negara,kami terus ke pejabat informasi dan pendaftaran dimana kami berbincang mengenai pakej ekspedisi yang mahu kami ambil.Untuk hari pertama,kami telah bersepakatan untuk ke CanopyWalker dan kemudian Jungle Trakking untuk ke Bukit Terasek dan pada malamnya ke Bumbun Blau.Sebagai destinasi pertama iaitu CanopyWalk kami perlu berjalan kaki hampir 1km dari pejabat informasi tadi.Pihak pengurusan Taman Negara telah membuat satu usaha yang baik kerana menyediakan trak yang jelas untuk para pelancong untuk menyusuri jalan-jalan di dalam hutan.Dengan papan tanda yang jelas serta tour guider yang peramah memudahkan kami menanyakan arah destinasi kami.Sepanjang perjalanan kami ke CanopyWalker,banyak spesis tumbuhan kami jumpai.Di antaranya adalah bunga merah di atas tanah.Tidak ingat namanya.

Setelah sejam kami berjalan akhirnya kami tiba jua di destinasi kami itu.Untuk makluman,CanopyWalker Taman Negara merupakan CanopyWalk terpanjang dunia dengan jarak hampir 400m dan tingginya adalah 40-50 meter dari paras tanah atau lebih kurang bangunan 10 tingkat tingginya.Ianya disambung menggunakan tali yang diperbuat dari besi khas dan di sambungkan antara pokok ke pokok yang tinggi di kawasan tersebut.Bagi kami ia merupakan salah satu ikon utama di Taman Negara kerana begitu sukar untuk menjumpai CanopyWalk di dunia ini.Bangga sungguh kami menjadi rakyat Malaysia.Kami mengambil masa lebih kurang 30min-45min untuk menyeberanginya.Dari sini juga kami dapat lihat Sungai Tembeling dengan jelas…saksikan aksi kami di CanopyWalker..:

Dari sini kelihatannya Gunung Tahan…

Sebagai rakyat Malaysia kami berbangga sangat kerana rata-rata pelancong asing yang telah melalui canopywalk gembira dan kepuasan terpancar pada riak-riak wajah mereka.Kami juga amat berpuas hati walaupun terpaksa mengeluarkan RM5 untuk melaluinya.Berpeluh kami melihat ke bawah…gayat katakan.50 meter dari paras tanah…huhuhu..Kami meninggalkan keseronokkan di CanopyWalker sebentar.Destinasi kami kedua adalah Bukit Terasek iaitu merupakan salah satu puncak permandangan yang sering dikunjungi oleh pelancong.Tingginya adalah 345 meter.Bagi kami ianya rendah tetapi nak mendakinya hanya Allah je tahu.curam nyer hingga 60 degree tapi syukurlah ada tangga yang di sediakan.Jaraknya Cuma 800meter dari canopy tadi tetapi pendakian yang mencabar membuat kami merasa seperti 8km jaraknya.Dari sini kami nampak bukit bukau Taman Negara dari Puncak View pertama:

Dan dari Puncak View yang kedua Bukit Terasik iaitu lebih kurang 300meter jarak dari View Pertama tadi dapat kami saksikan ketinggian Gunung Tahan yang dilitupi Awan Mendung.Disinilah puncak Bukit Terasek(345 meter dari paras tanah)…kepenatan pendakian tidak dapat kami bayangkan.Air yang dibawa 5 liter habis dihirup oleh kami bertujuh.Dan ketika di View Kedua,kami berkenalan dengan 3 orang pendaki yang berbangsa seperti kami.Mereka merupakan pendaki yang professional bagi kami dimana salah seorangnya pernah mendaki Gunung Everest.Bagi mereka mendaki Bukit Terisek tidak susah.Berbanding dengan kami yang berhempas pulas ke puncaknya.Saksikan keindahannya…:

Sejukkan badan di sungai…

Selepas 30 min di puncak,kami pun bertolak pulang ke sebatang sungai di Taman Negara untuk memandikan kami dengan air sungai yang segar bugar dan menggantikan badan kami yang berpeluh ini dengan air sungai yang sejuk.Kami terpaksa melaui jalan lain agar kami tidak melalui kembali CanopyWalker sebentar tadi.Papan tanda menunjukkan 2km jaraknya tapi kami rasakan seperti 20km kerana kami terpaksa menuruni cerun dan mendakinya semula.Benar-benar menguji stamina kami.Dengan kehabisan bekalan air,kami ditemukan dengan anak sungai yang kecil yang jernih airnya.Inilah kali pertama bagiku meminum air jernih anak sungai yang segar.Sungguh enak rasanya.Alhamdulillah.Dan 2 jam selepas itu kami tiba jua di tempat mandian kami itu.Walaupun nampak tenang airnya dengan nampak air seperti warna teh tetapi dasarnya agak deras dan buat pengetahuan semua walaupun airnya berwarna teh tapi ianya jernih kerana dasarnya adalah tanah berwarna coklat lalu membiaskan warna sungai menjadi warna seperti teh.Kenangan yang tak dapatku lupakan di sini adalah apabila melihat seekor ular daun hijau yang menyeberangi sungai dengan menyusuri sungai.Terkejut dibuatnya. Dapat dilihat di gambar lelaki yang memakai baju kuning.Dia merupakan pendaki yang saya katakan pernah mendaki Gunung Everest.Walaupun sudah berusia seperti 40an tapi kudratnya mengalahkan kami..Berikut adalah gambaran di sungai tersebut:

Bumbun Blau…

Setelah selesai kembali dari sungai,kami ke pangkalan untuk bersolat Zohor dan Asar Jamak Qasar secara berjemaah.Sepatutnya kami ke Bumbun Blau pada jam 6 petang tetapi kepenatan pendakian masih degil meninggalkan tubuh badan kami membuatkan kami bertolak ke sana dengan menaiki bot pada jam 6.30 petang.Bumbun Blau merupakan salah satu dari pondok atau boleh dikatakan rumah di tengah hutan yang dikhususkan untuk melihat haiwan liar yang biasanya dijumpai pada waktu malam.Ianya mempunya 12 katil kayu dan tidak bertingkap.Yang pastinya tiada bekalan elektrik disediakan agar haiwan di situ tidak menyedari kehadiran manusia di dalamnya.Dengan menaiki bot,ianya mengambil masa hampir 15 min untuk ke jeti yang berdekatan dengan Bumbun Blau..dari jeti ke bumbun tersebut mengambil masa 15 min perjalanan dengan kaki dan kami tiba ketika hutan mula menggelapkan diri mereka.Di samping itu kami agak terpukau melihat salah satu awan yang cantik bentuknya:

Pukul 9 malam sudah syahid kami semuanya….

Hehehe..sesuai dengan tajuk di atas,jam 9 hampir semuanya ‘syahid’ setelah selesai kami solat isyak dan maghrib bersama.Dengan ketiadaan bekalan elektrik tiada apa dapat kami lakukan.Kami hanya berusaha menghidupkan bara api agar keesokan pagi dapat kami menjerang air dan memasak Magge sebagai sarapan pagi kami.Aku menabur sulfur di sekeliling pondok itu agar binatang buas yang tidak diingini tidak masuk ke kawasan pondok kami.Disebabkan kami tidur awal ditambah dengan hujan lebat menjelang tengah malam membuatkan kami tidak mampu terjaga untuk mengintai haiwan liar berkeliaran dari pondok itu.Kami tidak dapat melihat haiwan liar kerana masing-masing sudah tidur awal.Mungkin disebabkan sulfur yang ditabur membuatkan binatang liar tidak mahu mendekati pondok kami.Silap aku agaknya.hehehe.Walau dalam keadaan aku menutup mataku dapat ku dengari bunyi-bunyian pelik seperti bunyian haiwan dari luar pondok tetapi kepenatan mengatasi segalanya.Bunyi burung didalam hutan mengiringi bunyi hujan yang menyirami hutan hujan tropika yang berusia 150 juta tahun ini.Kesejukkan tak dapat dibayangkan.Syukur aku membawa sweeter+selimut tebal.dapat jua aku tidur dengan tenang pada malam itu.Maka tamatlah pengembaraan kami untuk hari yang pertama di Taman Negara Pahang…dan tidak sabar rasanya untuk kami mengembara oada hari esoknya.Tunggu siri pengembaraan seterusnya:Pacat,batman dan cermin mata yang hilang….

Pengembaraan ke sebuah ‘kilang’…

Bermulanya kisah:

Alhamdulillah dengan kesihatan yang diberiNya dapat aku jua sampai di rumah bujangku di Sungai Ramal Dalam.Aku tiba pada jam 3 petang dan syukur juga perjalanan ku ke situ diarak oleh awan yang mendung.Telah lama aku tidak menziarahi rakan-rakanku yang menetap di rumah bujang ini.Di rumah inilah aku menetap bersama lagi 7 orang sahabatku sejak 5 bulan yang lalu.Ketibaanku disambut oleh Hakim yang sedang sibuk dilamun cinta blognya.Saudara Nazmie pula melepaskan lelah kepenatan setelah bersama dengan PDA nya yang baru diatas katilku.Kasihan dengan kepenatannya dan juga musibah yang melanda saudara Nazmie apabila handphone lamanya hilang di curi makhluk Allah.Jam menunjukkan jam 4 ptg dan aku terus menemani Hakim untuk menyelesaikan amanah yang di pertanggungjawab keatasnya.Aku hanya mengikutinya sahaja pada petang itu.Aku juga menemaninya membasuh kenderaan yang bakal kami gunakan untuk lawatan sambil beristirahat di sebuah ‘kilang’ di Pahang.Kereta Honda City yang aku naiki itu sungguh selesa dan senyap enjinnya.Alangkah seronoknya jika aku memilikinya suatu hari nanti.Jam menunjukkan 7.15 petang,kami bersembahyang Maghrib dan kemudiaannya Isyak berjemaah di surau AL-UM berdekatan dengan rumah kami.Dan jam sebelum bertolak,aku dan sahabat-sahabatku sibuk mengemas barang serta membuat final chek barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke sana nanti.Bila diingatkan kembali,setiap pengembaraan itu perlu ada persediaannya.Direnung kembali kita sebagai khalifah di muka bumi ini,Dunia ini hanya pengembaraan manusia sebelum ke akhirat.Apakah bekalan kita untuk ke alam akhirat?Tepuk dada tanya di hati kita.Persediaan rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan kesulitan di sana.Begitu jua perjalanan kami ke ‘kilang’ tersebut.Semuanya sudah lengkap bagi kami.


Beg aku sudah disediakan untuk perjalanan nanti….

Arang,touchlights,maggee,air masak,minyak kenderaan,duit aktiviti,pakaian dan kasut telah kami sediakan untuk kegunaan kami kelak.Syukur kerana ketika berada di sana nanti tiada kesulitan atau kekurangan barang yang kami bawakan.Mungkin kerana pengalaman yang dimiliki oleh Hakim dan Fizi yang sering menyertai perkhemahan membuatkan mereka arif benar dengan persediaan sesuatu pengembaraan.Terima kasih diucapkan.Sebelum itu,pengembaraan ini disertai oleh 7 orang peserta iaitu:

  1. Saudara Muaz(Ketua Ekspedisi)
  2. Saudara Hafizi(Bendahari)
  3. Saudara Nazmie(Jurufoto)
  4. Saudara Hakim(Pengangkutan)
  5. Saudara Syakur(Penglipulara dan pemandu kereta)
  6. Aku,Faiz(Co-Pilot)
  7. Saudara Hafiz (Peneman aku yang sejati di sana,hehehe)

Masalah kereta:

Jam menunjukkan pukul 12am.Target kami adalah untuk tiba di Kuala Tahan pada jam 5am.Dan insyaAllah dalam perjalanan 5jam ini tidak perlu kami tergesa-gesa kerana keselamatan kami melampaui segalanya.Memang kami telah membuat persediaan barang yang perlu dibawa kesana,bagaimana perlu dengan kereta kami?Pengalamanku pernah bekerja di stesen Petronas membuatkan aku berpengalaman serba sedikit dalam membuat pemeriksaan ringkas kenderaan.Aku telah memeriksa minyak enjin,air,angin dan bateri kereta.Syukur semuanya dalam keadaan baik sokmo.Tapi yang membuatkan perjalanan kami agar lewat adalah masalah mahu menuntup bonet depan enjin.Memanh sesuatu yang remeh kalau mahu diikutkan tetapi itulah masalah kumpulan kami pada masa itu. Bonet itu macam tidak boleh ditutup hinggakan Hakim terpaksa menelefon ayahnya untuk bertanyakan masalah itu.Syukur dengan kamikaze yang aku ada,aku terpaksa menutupnya dengan kuat walaupun kereta itu bukan milikku dan bonetnya dapat jua ditutup.Benda remeh pun kami x mampu nak selesaikan.Agar lucu ketika itu.Tepat 12.30am kami pun bertolak ke destinasi dengan dimulakan dengan doa menaiki kenderaan dan kami singgah di Petronas untuk mengisi minyak sebagai bekalan kereta ke sana.Maka bermulah perjalanan 4 jam kami…..Bersambung…(Tajuk seterusnya:Kabus dan Kisah hari pertama)…


Pilot kami,saudara Syakur.Dari sinilah mulanya perjalanan kami…

Kisah Sebuah Penghormatan


Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?” Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab “Tidak, saya sedang makan”.

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?” Pemuda tersebut menjawab, “Tidak dik, saya sudah kenyang.”

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, “Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya.” Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, “Bang mahu beli kuih saya ?”. Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, “Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik.”

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. “Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?”. Katanya, “Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?”

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis”.

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa “kerja adalah sebuah kehormatan”. Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”. Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.

Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.

Ingin Menjadi Isteri Idaman?

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat.
Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati#60991; an berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok- olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok- olokkan) wanita lain?(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir
(pemandu)#60991; an pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.


Isteriku..moga engkau menjadi isteri yang solehah…..


2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)….” Q. S. An Nissa 4.34

Ibu…aku menanti mu di ‘sana’…

Bulan ini,sudah hampir sembilan bulan aku dikandung ibu dan dibawa ke sana ke mari.Rasanya,sudah tidak sabar lagi untuk aku keluar melihat dunia.Aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia.Betapa cantiknya alam ciptaan Tuhan ini.Dan yang paling aku nantikan ialah menatap wajah kekasihku,ibuku.Ah!Sebulan ini bagaikan setahun rasanya bagiku.Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua.Dengan penuh kepayahan,dengan jeritan tangis dan sakitnya,akhirnya aku dilahirkan.Sebaik keluar,aku menjerit dan menangis ketakutan.Bilik kecil iru begitu asing bagiku.Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia yang aku impikan.


Tiba-tiba aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku.Aku memberanikan membuka kelopak mataku dan mengerling ke arah manusia itu.Oh!Inilah ibuku.Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan.Cantik orangnya.Apabila ibu mendakapku,terasa aman jiwa ini.Aku berhenti daripada menangis.Aku begitu selesa berada di dalam dakapan ibu.Aku memerhati sekeliling.Ayah,dimana ayah?Aku ingin menatap wajah ayah.Tapi ayah tiada.Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain.Aku tidak tahu siapakah wanita itu,lalu aku kembali menangis.Lantas wanita itu menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisap semahu-mahunya.Tetapi rasanya tidak seenak dari susu yang aku inginkan dari ibuku.Ibu,aku mahukan susumu.

Tidak lama kemudian,aku melihat ibu bersiap-siap.Ibu….ibu mahu kemana?Ibu tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang sedang mendukungku ini.Aku menjadi pelik,kenapa ibu tidak mahu mengendongku aku.Bukankah aku ini anaknya?Selama sembilan bulan aku menunggu untuk menatap wajahmu ibu,kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin terhadapku?Apa salahku padamu ibu…?Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta.Ibu memelukku erat,matanya tepat memandang ke wajahku.Mataku dan mata ibu bertentangan.Terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajahmu ibu…

Aku melihat sekeliling.Gelap.Ada bulan di atas sana dan di sekelilingnya berkelip-kelipan jutaan butir bintang.Alangkah indahnya dunia ini.Mungkin inilah yang ibu katakan sebagai malam.Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti di sebuah taman permainan kanak-kanak.Wanita itu kemudiaannya mengambil aku dari pangkuan ibuku.Aku kembali menangis.Entah kenapa,aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakkanku.Namun,ibu hanya melihatku dengan pandangan sayu dengan geningan air mata di kelopak mata ibu.Kemudian dia berpaling ke arah lain.Wanita itu membawa aku pergi,lantas meletakkan aku di atas tanah yang berumput,bersebelahan dengan tong sampah yang jijik dan hapak baunya.

Aku menangis dan menjerit.Kenapa aku diletakkan di sini!Aku mahu kembali ke pangkuan ibuku!Mana ibuku?Ibu,aku takut!Aku menjerit sepuas-puasnya,namun tangisan aku itu sia-sia sahaja.Ibu dan wanita itu meninggalkan aku seorang diri di situ.Ibu,kenapa ibu tinggalkan aku disini?Di sini bukanlah tempat seorang bayi seperti ku ini.Bukankah aku sepatutnya dibelai dan dimandikan,lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuhku ini?


Semut-semut merah yang berbisa berkeliaran itu mula merayapi tubuhku.Seekor daripadanya menggigit tubuhku yang masih dipenuhi darah ibu.Aduh!Ibu……sakit ibu…sakit….!!!Aku terus meraung apabila semut-semut itu menggigit tali pusatku.Ia kemudian menggigit pula bibirku.Aduh,aku tidak tertahan lagi.Tidak bisa aku melawannya kerana aku seorang manusia yang lahir sebentar tadi yang tiada kekuatan fizikal.Aku tetap mahu cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga,kaki,tangan dan seluruh tubuhku tetapi masih tidak terdaya.Tanganku ini terlalu kecil dan lemah.

Aduhhhhh….ibbbuuuuu!!! Aku menangis kesakitan tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.Waktu berlalu,akhirnya aku menjadi lese sendiri.Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan aku tidak berdaya bagi menepis semut yang semakin garang dan lahap menggigit tubuh kecilku ini.Aku juga tidak lagi berminat lagi untuk melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung tanpa tiang di langit.Ibu…aku sayangkanmu,ibu.Aku tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia,semata-mata untuk menatap wajahmu ibu,tapi ini yang kau lakukan padaku.

Langit beransur cerah,matahari muncul dan cahanya makin terik.Terasa aku sudah tidak mampu lagi untuk menghembuskan nafas ini.Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil namamu ibu.Kini,aku benar-benar lemah.Sisa nafas tinggal di tenggorokku.Telingaku yang berdarah dan kemerahan tiba-tiba terdengar suara-suara manusia di sekelilingku.Kemudian aku diangkat dan dipeluk oleh seseorang,lalu dibawa aku pergi dari situ.Namun aku sudah tidak bersemangat lagi untuk hidup.Aku sudah tidak mahu lagi melihat dunia ini.Aku juga tidak mahu lagi menatap wajah ibuku.

Ibu biarlah aku pergi,kalau itu yang engkau mahukan dan inginkan.Hanya satu yang ingin aku tanyakan padamu ibu…tidakkah engkau takut kepada tuhan yang menjadikan diriku dan dirimu?Tidakkah engkau tahu bawah aku adalah kurniaan yang paling besar buat mu ibu?Aku berdoa,semoga tuhan mengampuni segala dosa-dosa ibu.Aku tahu sebentar lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhan.Itu memang pasti.Aku kan bertemu dengan dua lagi abangku dan kakakku yang pernah dibuang sebegini oleh ibu.Nanti aku akan mendengar pula kisah sedih mereka yang senasib dengan diriku ini.

Terima kasih ibu,kerana melahirkan aku.Terima kasih jua kerana membuangku.Tunggu ibu…tunggu aku akan menunggu ibu di ‘sana’ nanti…kau akan bertemu ku kembali jua……..