Rungutan yang dibalas dengan kegembiraan,insyaAllah…

‘Adoi bosan aku duduk umah jer,x sabar lak aku nak masuk sem balik,’aku sering merungut mengenainya tatkala aku berada di rumah kini.Kenapa aku jarang mensyukuri nikmatnya.’Bilalah nak abis exm ni,aku x sabar nak cuti ni’,kata aku seminggu sebelum final exam aku bermula.Berbeza sungguh luahan hati ini apabila dilihat kembali rungutan demi rugutan yang memberontak dalam jiwaku.Waktu senang seperti sekarang mahu pula aku kembali ke universiti dan ketika sedang kemuncak dalam berjuang di medan peperiksaan mahu pula aku cepat-cepat menghabiskannya.Inilah manusia yang sentiasa tidak puas akan nikmat yang diberiNya.Ada sahaja rungutan oleh kita.

‘Salam Faiz,ana nak ajak faiz 1 haribulan ini ke Taman Negara Pahang.Anta nak join tak?’,bertanya Nazmie padaku yang mengejutkan aku dari lamunan melayari internet.’Boleh ajer,aku memang nak join korank ronda-ronda Malaysia’,balas ku kembali.Syukur walaupun rungutan yang sering aku luahkan tetapi Dia tidak mahu menghukum aku yang alpha ini secara pantas.Malah Dia bantu aku mencari jalan keluar dari kebosanan cuti yang amat panjang ini. Ketika aku mencari keceriaan musim cuti ini,Alhamdulillah sahabat-sahabatku Nazmie,Hakim dan Fizi menjemputku menyertai mereka untuk beriadah serta bercamping di Taman Negara.InsyaAllah jika tiada aral melintang maka dimakbulkan impian kami untuk ke sana.Moga aku memasang niat aku seawal-awalnya untuk beriadah serta merapatkan silatulrahim antaraku dan sahabat-sahabatku.Moga diampunkan dosaku yang sering lalai dari mensyukuri nikmatnya…

Antaramu Kawan dan Sahabatku…

Adakah dirimu hanya kawan atau sahabatku?
Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat…
Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau
ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya
mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira
bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke
rumahmu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak
akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana
kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti
kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau
cintai – bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun
kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau
memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.
Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat
sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali
mereka.
Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan
wajahnya selalu di dalam benakmu.
Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu

ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu
berdiri untuk menghampiri mereka, mungkin mereka
pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan
kepala mereka di bahumu.
Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa
tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat
terhadapmu. Mereka menelefon hanya untuk mengetahui
apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak
mengharapkan suatu alasanpun.
Mereka berkata benar – pertama kali – dan kau
melakukan hal yang sama.
Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan
bersedia mendengar.
Mereka adalah orang-orang yang tidak akan
menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka
benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras
untuk memperbaikinya.
Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar
ataupun tidak.
Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menagis.
Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk,
kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa
yang harus lebih dahulu mengakhiri.
Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin
pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau
mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin
adalah orang yang kau nikahi.