Kisah Sebuah Penghormatan


Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?” Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab “Tidak, saya sedang makan”.

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?” Pemuda tersebut menjawab, “Tidak dik, saya sudah kenyang.”

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, “Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya.” Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, “Bang mahu beli kuih saya ?”. Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, “Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik.”

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. “Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?”. Katanya, “Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?”

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis”.

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa “kerja adalah sebuah kehormatan”. Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”. Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.

Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.

Ingin Menjadi Isteri Idaman?

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat.
Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati#60991; an berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok- olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok- olokkan) wanita lain?(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir
(pemandu)#60991; an pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.


Isteriku..moga engkau menjadi isteri yang solehah…..


2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)….” Q. S. An Nissa 4.34

Ibu…aku menanti mu di ‘sana’…

Bulan ini,sudah hampir sembilan bulan aku dikandung ibu dan dibawa ke sana ke mari.Rasanya,sudah tidak sabar lagi untuk aku keluar melihat dunia.Aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia.Betapa cantiknya alam ciptaan Tuhan ini.Dan yang paling aku nantikan ialah menatap wajah kekasihku,ibuku.Ah!Sebulan ini bagaikan setahun rasanya bagiku.Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua.Dengan penuh kepayahan,dengan jeritan tangis dan sakitnya,akhirnya aku dilahirkan.Sebaik keluar,aku menjerit dan menangis ketakutan.Bilik kecil iru begitu asing bagiku.Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia yang aku impikan.


Tiba-tiba aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku.Aku memberanikan membuka kelopak mataku dan mengerling ke arah manusia itu.Oh!Inilah ibuku.Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan.Cantik orangnya.Apabila ibu mendakapku,terasa aman jiwa ini.Aku berhenti daripada menangis.Aku begitu selesa berada di dalam dakapan ibu.Aku memerhati sekeliling.Ayah,dimana ayah?Aku ingin menatap wajah ayah.Tapi ayah tiada.Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain.Aku tidak tahu siapakah wanita itu,lalu aku kembali menangis.Lantas wanita itu menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisap semahu-mahunya.Tetapi rasanya tidak seenak dari susu yang aku inginkan dari ibuku.Ibu,aku mahukan susumu.

Tidak lama kemudian,aku melihat ibu bersiap-siap.Ibu….ibu mahu kemana?Ibu tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang sedang mendukungku ini.Aku menjadi pelik,kenapa ibu tidak mahu mengendongku aku.Bukankah aku ini anaknya?Selama sembilan bulan aku menunggu untuk menatap wajahmu ibu,kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin terhadapku?Apa salahku padamu ibu…?Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta.Ibu memelukku erat,matanya tepat memandang ke wajahku.Mataku dan mata ibu bertentangan.Terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajahmu ibu…

Aku melihat sekeliling.Gelap.Ada bulan di atas sana dan di sekelilingnya berkelip-kelipan jutaan butir bintang.Alangkah indahnya dunia ini.Mungkin inilah yang ibu katakan sebagai malam.Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti di sebuah taman permainan kanak-kanak.Wanita itu kemudiaannya mengambil aku dari pangkuan ibuku.Aku kembali menangis.Entah kenapa,aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakkanku.Namun,ibu hanya melihatku dengan pandangan sayu dengan geningan air mata di kelopak mata ibu.Kemudian dia berpaling ke arah lain.Wanita itu membawa aku pergi,lantas meletakkan aku di atas tanah yang berumput,bersebelahan dengan tong sampah yang jijik dan hapak baunya.

Aku menangis dan menjerit.Kenapa aku diletakkan di sini!Aku mahu kembali ke pangkuan ibuku!Mana ibuku?Ibu,aku takut!Aku menjerit sepuas-puasnya,namun tangisan aku itu sia-sia sahaja.Ibu dan wanita itu meninggalkan aku seorang diri di situ.Ibu,kenapa ibu tinggalkan aku disini?Di sini bukanlah tempat seorang bayi seperti ku ini.Bukankah aku sepatutnya dibelai dan dimandikan,lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuhku ini?


Semut-semut merah yang berbisa berkeliaran itu mula merayapi tubuhku.Seekor daripadanya menggigit tubuhku yang masih dipenuhi darah ibu.Aduh!Ibu……sakit ibu…sakit….!!!Aku terus meraung apabila semut-semut itu menggigit tali pusatku.Ia kemudian menggigit pula bibirku.Aduh,aku tidak tertahan lagi.Tidak bisa aku melawannya kerana aku seorang manusia yang lahir sebentar tadi yang tiada kekuatan fizikal.Aku tetap mahu cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga,kaki,tangan dan seluruh tubuhku tetapi masih tidak terdaya.Tanganku ini terlalu kecil dan lemah.

Aduhhhhh….ibbbuuuuu!!! Aku menangis kesakitan tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.Waktu berlalu,akhirnya aku menjadi lese sendiri.Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan aku tidak berdaya bagi menepis semut yang semakin garang dan lahap menggigit tubuh kecilku ini.Aku juga tidak lagi berminat lagi untuk melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung tanpa tiang di langit.Ibu…aku sayangkanmu,ibu.Aku tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia,semata-mata untuk menatap wajahmu ibu,tapi ini yang kau lakukan padaku.

Langit beransur cerah,matahari muncul dan cahanya makin terik.Terasa aku sudah tidak mampu lagi untuk menghembuskan nafas ini.Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil namamu ibu.Kini,aku benar-benar lemah.Sisa nafas tinggal di tenggorokku.Telingaku yang berdarah dan kemerahan tiba-tiba terdengar suara-suara manusia di sekelilingku.Kemudian aku diangkat dan dipeluk oleh seseorang,lalu dibawa aku pergi dari situ.Namun aku sudah tidak bersemangat lagi untuk hidup.Aku sudah tidak mahu lagi melihat dunia ini.Aku juga tidak mahu lagi menatap wajah ibuku.

Ibu biarlah aku pergi,kalau itu yang engkau mahukan dan inginkan.Hanya satu yang ingin aku tanyakan padamu ibu…tidakkah engkau takut kepada tuhan yang menjadikan diriku dan dirimu?Tidakkah engkau tahu bawah aku adalah kurniaan yang paling besar buat mu ibu?Aku berdoa,semoga tuhan mengampuni segala dosa-dosa ibu.Aku tahu sebentar lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhan.Itu memang pasti.Aku kan bertemu dengan dua lagi abangku dan kakakku yang pernah dibuang sebegini oleh ibu.Nanti aku akan mendengar pula kisah sedih mereka yang senasib dengan diriku ini.

Terima kasih ibu,kerana melahirkan aku.Terima kasih jua kerana membuangku.Tunggu ibu…tunggu aku akan menunggu ibu di ‘sana’ nanti…kau akan bertemu ku kembali jua……..